MISI

Mengembang dan mempromosi kemahiran kreatif dalam bidang sains dan teknologi di peringkat akademik industri dan masyarakat.

VISI

Mendorong inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat Malaysia, dengan mensasarkan kanak-kanak, belia, wanita, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan organisasi bukan kerajaan.

Penubuhan YIM

Yayasan Inovsi Malaysia (YIM) adalah sebuah yayasan pembangun inovasi akar umbi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) pada 20 Oktober 2008.

YIM bertindak sebagai sebuah platform mencari, membangun dan memadankan dana pembangunan inovasi dengan rangkaian lebih 6,000 inovator di seluruh negara bagi menggalak dan membudayakan inovasi akar umbi yang berpotensi untuk dikomersialkan sekaligus meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya kualiti kehidupan golongan B40.

YIM berusaha dalam memperkasa kreativiti dan inovasi dengan membangunkan minda inovatif yang mengubah idea menjadi realiti. YIM turut memupuk sistem sokongan mampan yang dapat memberikan manfaat kepada sosio-ekonomi.

YIM didaftarkan sebagai Syarikat Terhad Mengikut Jaminan (CLBG) di bawah Akta Syarikat 1965 dan diiktiraf sebagai Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan.

“Inovasi akar umbi merupakan penyelesaian yang dibangunkan oleh inovator atau individu menggunakan idea-idea novel dan meliputi pengetahuan yang tersirat (tacit knowledge) serta kemahiran untuk menangani isu-isu dalam konteks yang tidak formal yang biasanya dipinggirkan oleh ekonomi arus perdana”.

Dr. Sharmila Mohamed Salleh 

Ketua Pegawai Eksekutif YIM

Fokus YIM

Mengintegrasikan elemen SAINS dan TEKNOLOGI serta penyelesaian yang INOVATIF bagi mengatasi masalah dan cabaran dalam mewujudkan kekayaan ekonomi, memperkasa nilai sosial untuk kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam

YIM memusatkan perhatian pada inovasi akar umbi – menggunakan idea baru atau idea baru yang biasanya dikembangkan dalam keadaan tidak konvensional untuk menangani isu-isu yang sering diabaikan dalam konteks penyelesaian arus perdana. Ini sering menggunakan pendekatan “bottom-up” untuk pemberdayaan masyarakat melalui akses yang berpatutan, peningkatan kualiti dan fungsi, akses untuk penduduk yang dikecualikan seperti golongan miskin, orang kurang upaya, wanita, orang tua dan golongan kurang bernasib baik dengan strategi jangkauan yang signifikan dan berkelanjutan.
Skip to content