Konvensyen Inovasi Sosial
LATAR BELAKANG PROGRAM
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memberikan mandat kepada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai Agensi Pelaksana Inisiatif Inovasi Sosial (MyIS) bermula pada tahun 2022.
- Mandat ini selaras dengan 7 fokus bidang utama MOSTI iaitu yang memberi penekanan kepada Inovasi Sosial (IS) berteraskan akar umbi dan teknologi tempatan.
- Pelbagai program MyIS telah dijalankan sepanjang tahun 2022 dan bagi menyemarakkan lagi inisiatif MyIS Tahun 2023, YIM akan mengadakan Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2023.
KIS 2023 merupakan salah satu program yang julung kali diadakan bagi :
- mempromosikan inisiatif IS bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan quintuple helix di Malaysia sebagai ejen inovasi sosial;
- mengiktiraf inovator sosial di Malaysia dalam penghasilan inovasi tempatan yang berasaskan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) untuk kesejahteraan masyarakat dan pembangunan mampan;
YIM berharap agar Program KIS 2023 bakal menjadi program tahunan kementerian bagi merakyatkan sains di peringkat akar umbi dan seterusnya mewujudkan lebih ramai inovator yang dapat menginsankan teknologi di setiap lapisan masyarakat khususnya.
120
Inovator
3
Speaker Antarabangsa
8
Program
2
MoU
30
Rakan Strategik
1000
Pengunjung
Program Utama
Majlis Perasmian
Majlis Perasmian Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2023 oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 4 Julai 2023 & Majlis Penutup Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2023 oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 6 Julai 2023.
Seminar
Seminar “Road to Entrepreneurial Leadership & Sustainability”
Bengkel
Bengkel Social Innovation Future Tech Talent (SHIFT)
Pocket Talk
Pocket Talk: Inovasi Sosial
Jemputan Penceramah
Kemunculan Istimewa Penceramah Antarabangsa
Majlis Apresiasi Networking Inovator Sosial (MaNIS)
Perbincangan dan Pelan Tindakan untuk Komuniti Inovasi Sosial Platform dan Pasaran Dalam Talian Terbuka (Malaysia-India-AMS). Pelantikan Negara Hos untuk AIGIF 2024 serta mengukuhkan kerjasama antara AMS dan India.