MyIS Perintis
Salah satu program oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertujuan untuk menggalakkan penyertaan Mahasiswa, memupuk nilai keusahawanan dan menjadikan inovasi sosial sebagai prospek kerjaya di masa hadapan. Malaysia Inovasi Sosial (MyIS) Perintis merupakan program pembangunan perintis inovator sosial mensasarkan mahasiswa tahun akhir Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai penyelesaian inovatif dan memberikan impak kepada komuniti setempat. Skop pembiayaan dana termasuklah pembangunan produk Inovasi, testing & validasi dan promosi & pemasaran.
Agensi Pelaksana
Pemberi Dana
Butiran Pendanaan
Kriteria Projek
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon MESTILAH Mahasiswa tahun akhir dari IPTA.
- Setiap projek yang dihantar hendaklah projek tahun akhir yang telah LENGKAP.
- Idea Projek Tahun Akhir (FYP) boleh dicadangkan dan WAJIB mempunyai ‘Proof of Concept (PoC)’.
- Keutamaan diberikan kepada projek yang sedia untuk dilaksanakan.
- Pemohon boleh membuat permohonan sendiri, tetapi persetujuan bertulis dari penyelia & universiti DIPERLUKAN.
- Idea FYP mestilah asli dan inovatif DENGAN dan TANPA status Harta Intelek (IP) oleh IPTA masing-masing.
- Pemohon diberi kebebasan untuk meneroka potensi komersial produk untuk jangka waktu yang dinyatakan tanpa gangguan.
- Pemohon perlu memainkan PERANAN YANG AKTIF & MEMPUNYAI MINAT YANG TINGGI untuk mendaftar syarikat start-up sendiri jika terpilih.
Skop Geran
- Performance Allowance (6 bulan Program)
- Pengurusan dan Promosi
- Pembangunan Prototaip
- Testing & Validation
Berkaitan Dana
- Program berbentuk one off bagi Tahun 2021
- Kuantum dana sehingga RM40,000
- April 2021 – Disember 2021
Golongan sasaran
- Mahasiswa tahun akhir Ijazah Sarjana Muda IPTA seluruh Malaysia
Cara Memohon
- Permohonan di https://mysiap.innomap.my/