Pensijilan Inovator Sosial
Salah satu program dibawah Inisiatif SI Tahun 2021dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) untuk membangunkan inovator sosial yang berpengetahuan (k-Pekerja) dan berdaya saing.
Butiran Pendanaan
Penerangan
YIM akan mengenalpasti 10 inovator sosial yang berpotensi untuk diberikan pengiktirafan kemahiran yang dimiliki melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) berdasarkan employment workforce standard yang diiktiraf oleh Kerajaan.
PPT merupakan sebuah platform untuk membantu inovator tempatan yang memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang kemahiran tertentu sebagai pekerja mahir.
Skop Pelaksanaan
- Penjejakan Inovasi: Penjejakan produk-produk Innovasi yang berpotensi dari tahun 2015-2020.
- Penyaluran Dana: Produk yang berpotensi akan di padankan dengan geran di bawah YIM.
- Pembangunan Produk Siap: Produk siap dibangunkan.
- Pensijilan Inovator: Inovator YIM diiktiraf melalui pensijilan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bagi bidang Inovasi & rekabentuk produk (Tahap 4).
Objektif
- Untuk meningkatkan jumlah inovator mahir yang diiktiraf di negara ini
- Untuk membantu menambahkan pendapatan bulanan inovator
- Untuk meningkatkan kesejahteraan inovator dan Keluarga Malaysia.
Syarat-Syarat
Inovator berumur 18 tahun dan ke atas
Mempunyai minimum kemahiran 3 tahun atau lebih dalam bidang inovasi.
- Inovator yang telah membangunkan Inovasi menerusi peruntukan dana oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
- Inovator yang telah berdaftar dengan SSM dan memiliki perniagaan sekurang-kurangnya enterprise serta inovator yang mendapat manfaat daripada program.
- Inovator perlu menyediakan laporan penulisan berdasarkan bidang persijilan Inovasi dan pembangunan reka bentuk produk
- Persijilan PPT dalam masa 3 – 6 bulan.