MyIS Komuniti
Pendanaan oleh

Agensi Pelaksana

53
Kolaborator Projek
47
Projek yang diluluskan
3000
Penerima Manfaat
PELANCARAN PENAWARAN DANA INOVASI SOSIAL MALAYSIA
(MyIS KOMUNITI)
Butiran Pendanaan

Kriteria Projek
- Teknologi Sedia Ada
-Teknologi yang dicadangkan bukan prototype dan bukan peringkat R&D;
-Teknologi MESTI terdiri daripada teknologi tempatan atau teknologi telah tersedia di pasaran dan tidak melibatkan perolehan luar negeri.
- Peruntukan
-Kos peruntukan yang minimum tetapi tidak menjejaskan kualiti projek.
- Dinikmati Ramai
-Setiap projek hendaklah sekurangnya 100 orang penerima faedah.
- Dilaksanakan Dalam Masa Yang Singkat
-Projek yang dicadangkan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh maksimum 12 bulan
- Berimpak Tinggi
-Projek yang dicadangkan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat menerusi aspek:
-Meningkatkan produktiviti; atau/dan -Meningkatkan pendapatan komuniti terlibat;
-Mewujudkan peluang pekerjaan baharu;
-Peningkatan kadar pemuliharaan alam sekitar.
- Mampan
-Projek yang dicadangkan boleh berkembang serta mempunyai pelan perniagaan (Business Plan) atau pelan Exit yang jelas untuk menampung kelestarian projek (2 tahun setelah projek siap).
- Penyelesaian Masalah
-Mengemukakan dokumen / laporan yang menunjukkan projek tersebut telah berjaya dilaksanakan di komuniti lain sebelum ini.
- Perancangan Projek
-Projek yang dicadangkan telah dibuat sesi engagement bersama masyarakat dan kolaborator, disokong oleh baseline study dan mempunyai komponen kos yang jelas.
- Kos Selenggara
-Projek yang dicadangkan hendaklah mempunyai kos selenggara yang rendah, alat ganti yang mudah diperolehi, mudah untuk diselenggara oleh masyarakat dan mempunyai waranti.
- Kelestarian Alam Sekitar
-Projek yang dicadangkan boleh mengurangkan kebergantungan kepada sumber alam tidak boleh diperbaharui, boleh dioperasi tanpa bekalan konvensional, mengurangkan penggunaaan tenaga manusia dan mengurangkan penggunaan jentera berat.
Objektif
Syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia
- Pemohon (peneraju projek) hendaklah terdiri daripada:
-Agensi Kerajaan;
-Badan Berkanun;
-Universiti Awam;
-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC);
-Syarikat Berhad dengan Jaminan (CLG)
-Syarikat pemula perniagaan (start-up company) — Operasi syarikat tidak melebihi 5 tahun
-Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) - Hanya projek yang mempunyai aplikasi teknologi tempatan berinovatif dan misi sosial yang jelas layak memohon
- Projek mesti dilaksanakan di Malaysia
Cara Memohon
- Untuk permohonan dan maklumat lanjut berkenaan Program MySI, sila layari laman web /https://mysi.innomap.my/