MyIS Akar Umbi (MaGRIs)

Program Malaysia Inovasi Sosial (MyIS) Akar Umbi (MaGRIs) bertujuan mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi merangkumi penyediaan peluang pembinaan kapasiti kepada inovator akar umbi tempatan. Program ini menambah nilai produk inovasi daripada pembangunan prototaip kepada pra-pengkomersialan.

Pendanaan oleh

Agensi Pelaksana

2,063

Inovasi

43

Inovasi telah diluluskan (2016-2022)

14

Harta intelek inovasi difailkan

24

Inovasi dikomersialkan (2016-2020)

Butiran Pendanaan

E

Kriteria Produk/Projek Inovasi

  • Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur dari 18 tahun dan ke atas; secara Individu atau Berkumpulan.
  • Inovasi tersebut mesti memenuhi definisi “Inovasi Akar Umbi” yang ditetapkan seperti di bawah:
  1. Produk atau perkhidmatan inovasi yang dibangunkan mestilah bertujuan untuk memenuhi keperluan asas serta mengatasi kesusahan dan cabaran hidup bagi golongan berpendapatan rendah, ATAU
  2. Inovasi diterajui komuniti yang berpendapatan rendah untuk mencapai kelestarian hidup yang sering mengalami kesukaran untuk berkembang luas ke pasaran-pasaran lain.
  • Produk inovasi perlulah berada diantara TRL 3 – TRL 6 
  • Inovasi yang mempunyai nilai tinggi, berimpak positif dan menyumbang kearah kesejahteraan golongan berpendapatan rendah akan diberi keutamaan.
  • Inovasi yang dipertandingkan merupakan Idea asal atau penambahbaikan daripada inovasi sedia ada.
  • Inovasi yang disertakan mesti telah mencapai fasa protataip (hampir siap) atau siap dibangunkan. Setiap penyertaan harus dilengkapkan dengan maklumat yang mencukupi untuk memudahkan proses pemilihan.
  • Inovasi terpilih oleh Jawatankuasa Penilaian MaGRIs akan diberi bimbingan dan sokongan pembangunan ke tahap pra-pengkomersialan, seterusnya dilengkapi dengan pelan perniagaan strategik (tertakluk kepada kebolehlaksanaan)
  • Semua peserta terpilih mesti bersetuju mengambil bahagian dan melengkapkan keseluruhan program serta memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Keputusan Jawatankuasa Penilaian MaGRIs adalah muktamad.

E

Skop Geran

  • Pembangunan prototaip dan produk inovasi.
  • Penjenamaan (Perlindungan Harta Intelek, SIRIM, SSM, dan lain-lain.)
  • Promosi dan pemasaran.
E

Berkaitan Dana

  • Jumlah geran yang ditawarkan oleh kami berbeza-beza mengikut kepada keperluan produk inovasi/projek dan tempoh masa kontrak perjanjian turut berbeza-beza mengikut perancangan kami dari semasa ke semasa. Lokasi penyebaran produk inovasi kepada golongan berpendapatan rendah adalah mengikut kepada kami dan hendaklah diberikan secara percuma.
E

Selain Pendanaan

  • Selain geran pembangunan inovasi yang dianugerahkan, kami berusaha untuk menyokong inovator kami dalam pembinaan kapasiti. Melalui pementoran, latihan, pembangunan inovasi, peluang menjalin rangkaian, akses ke pasaran, nasihat pemasaran, nasihat amalan terbaik, dan banyak lagi, kami menyediakan mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memperkembangkan inovasi akar umbi yang berpotensi untuk dipasarkan ke tahap pra-pengkomersialan.
E

Cara Memohon

  • Cara Memohon: Sila membuat pendaftaran dan menghantar dokumen yang diperlukan di laman web magris.innomap.my untuk menyertai Pertandingan Grassroots Open Challenge (GOC). Sekiranya penyertaan Pertandingan GOC telah ditutup, sila hantar kertas kerja bagi produk inovasi berserta gambar dan/atau video ke emel magris@yim.my
Skip to content