ASEAN-India Grassroots Innovation Forum (AIGIF)
LATAR BELAKANG PROGRAM
Yayasan Inovasi Malaysia menjadi tuan rumah pada AIGIF 2023 yang diadakan pada 28 sehingga 30 November 2023. AIGIF merupakan acara tahunan diantara ASEAN Committee on Science, Technology, and Innovation (COSTI), the Government of India’s Department of Science & Technology (DST), dan The National Innovation Foundation (NIF) India
Program Utama

Pameran Inovasi
Inovator dari ASEAN dan India mempamerkan ciptaan inovasi mereka untuk membuka laluan kepada peluang perniagaan yang memupuk ekosistem inovasi sosial yang berkembang maju.

Forum Inovasi
Bentuk inovasi hari esok melalui perbincangan yang bernas. Panel pakar mengupas topik penting yang melibatkan perkongsian, kemampanan dan dasar dalam pembangunan inklusif ekosistem tadbir urus inovator.

Pertandingan Inovasi
Menyediakan platform bagi inovator akar umbi untuk pendedahan antarabangsa yang persaingan dinamik pada Skala Global serta mempamerkan kepintaran yang mendorong perubahan positif.

Seminar Inovasi
Pendedahan daripada inovator terkemuka dari ASEAN dan India mengenai inovasi mereka.

Lawatan Inovasi
Menawarkan inovator dari ASEAN dan India peluang untuk memperoleh pengalaman dan pandangan secara langsung tentang inovasi akar umbi di Langkawi, Malaysia serta meningkatkan pengetahuan dan kepakaran mereka dalam bidang ini.

G2G Meeting
Perbincangan dan Pelan Tindakan untuk Komuniti Inovasi Sosial Platform dan Pasaran Dalam Talian Terbuka (Malaysia-India-AMS). Pelantikan Negara Hos untuk AIGIF 2024 serta mengukuhkan kerjasama antara AMS dan India.