i-SEE

Program Inclusive SME Ecosystem (I-SEE) adalah kesinambungan daripada Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) – Program Inovasi Inklusif yang telah dilaksanakan dari tahun 2015 dan tamat pada tahun 2020 selari dengan berakhirnya Pelan Induk PKS 2012 – 2020. YIM telah dipilih untuk menjadi Rakan Strategik oleh SME. Corp. Malaysia bagi pelaksanaan Program i-SEE ini. Objektif I-SEE juga sudah ditambah baik terutama semasa pandemik Covid19 di mana sebahagian besar rakyat Malaysia terjejas dari pelbagai sektor industri. Selain matlamat untuk memperkasa kumpulan B40, program ini juga akan menggalakkan transformasi komuniti, termasuk perusahaan mikro di kawasan luar bandar menerusi bimbingan dan penyediaan sokongan teknikal dan bantuan kewangan.

Pendanaan oleh

Agensi Pelaksana

2328

Inovasi

106

Inovasi telah diluluskan 

756

 Inovasi disenarai pendek

92

Harta intelek inovasi difailkan

58

 Inovasi dikormesialkan

Butiran Pendanaan

E

Kriteria Projek

  • Produk inovasi mempunyai kualiti yang baik
  • Mampu milik oleh semua golongan masyarakat
  • Memanfaatkan golongan terpinggir seperti kawasan luar bandar dan orang kelainan upaya
  • Jangkauan sasaran pengguna produk yang luas
  • Persaingan yang mampan dan berterusan dengan produk yang telah berada dalam pasaran
E

Berkaitan Dana

  • Bergantung pada jangka masa dan sifat setiap projek, jumlah geran yang kami tawarkan mungkin berbeza. Jumlah maksimum sebanyak RM150,000.

E

Skop Geran

  • Perlindungan harta intelek termasuk prior art search;  
  • Rekabentuk konsep dan pembangunan prototaip;  
  • Prototaip pengeluaran dan piawaian;    
  • Ujian dan pengesahsahihan produk; dan
  • Pensijilan kepatuhan dan kawal selia
E

Selain Pendanaan

  • Selain geran pembangunan inovasi yang dianugerahkan, kami berusaha untuk menyokong inovator kami dalam pembinaan kapasiti. Melalui pementoran, latihan untuk penyebaran inovasi kepada komuniti, peluang menjalin rangkaian, akses ke pasaran, nasihat amalan terbaik, dan banyak lagi, kami menyediakan mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyusun strategi dan memimpin dengan lebih baik, sekali gus membuka jalan kepada penghasilan impak yang lebih besar dalam tempoh jangka panjang.
E

Cara Memohon

Skip to content