NGO@Makerthon
NGO@Makerthon adalah satu program bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia yang bertujuan untuk membimbing dan menyatukan 20 NGO dengan komuniti PPR yang terpilih di serata Malaysia, serta dalam usaha memupuk kesedaran Sains, Teknologi dan Inovasi dan Ekonomi (STIE), meningkatkan produktiviti dan mampu melahirkan solusi kepada permasalahan atau cabaran komuniti sejagat.
Butiran Pendanaan
Penerangan
Program NGO@Makerthon di bawah seliaan SME Corp Malaysia dan YIM telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi program ini dengan kerjasama Persatuan Gaya Hidup Lestari Biji-Biji Kuala Lumpur, Selangor dan Me.reka.
KPI Program
184 permohonan NGO di Malaysia
74 NGO selesai menyatakan Penyelesaian Inovasi dan Cabaran.
20 NGO dipilih menyertai program NGO@Makerthon
20 Lokasi PPR di Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Sabah dan Sarawak telah dipilih
20 Komuniti PPR menyertai program NGO@Makerthon
Sumber Pendanaan
SME Corp Malaysia.
Sasaran
20 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan 20 Komuniti PPR.