Konvensyen Inovasi Sosial 2024
LATAR BELAKANG PROGRAM

- Platform Kemuncak Inovasi Sosial di Malaysia melalui Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2024 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Penganjuran KIS ini bagi mengiktiraf serta meraikan inovator dan pemegang taruh melalui pelaksanaan program inovasi sosial sepanjang tahun 2024.
- Tema KIS 2024 ialah ‘Gateway To The Future: Innovation Unleashed’ sebagai platform menghimpunkan inovator sosial yang berdaya saing serta menghubungkan agen sosial kepada pembuat perubahan positif di Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik.
- Pelaksanaan KIS 2024 akan menyokong agenda negara dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 bagi mengukuhkan ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), memperkasa pembangunan melalui penggunaan teknologi tempatan serta menggalakkan inovasi dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan kualiti hidup.
- Kejayaan penganjuran Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2023 mewujudkan Resolusi ke arah memperkasa Inisiatif Inovasi Sosial di Malaysia melalui KIS 2024 dengan:
-Mengangkat dan memartabatkan serta memberi pengiktirafan sumbangan inovator kepada pembangunan negara;
-Memartabatkan profesion inovator sebagai kerjaya professional yang diiktiraf;
-Menyokong hala tuju Kerajaan Malaysia ke arah Pembangunan negara berasaskan teknologi dengan acuan dan identiti Malaysia dengan standard & unified rangka kerja (framework) tata kelola/governance.
150
Inovator
7
Speaker Antarabangsa
11
Program
2
MoU
4
Rakan Strategik
3000
Pengunjung
Program Utama

MAJLIS PELUNCURAN DASAR INOVASI SOSIAL (DIS)
Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

SEMINAR INOVATOR SOSIAL
“SOCIAL INNOVATOR FUTURE TECH TALENT”
Platform yang menghimpunkan 100 orang inovator sosial yang bertujuan untuk melahirkan inno-preneur leader STIE di peringkat nasional dan global. Sebagai usaha Malaysia menuju ke arah negara perindustrian, sektor perniagaan dan pendigitalan adalah penting dalam memastikan inovator membangunkan produk inovasi sehingga dikomersialkan dan seterusnya memanfaatkan lebih ramai masyarakat.

FORUM “INTERNATIONAL CONNECTION-IDEATION TO IMPACT”
Forum yang menampilkan panel-panel yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang inovasi sosial, mengarusperdanakan dan memperkasakan pembangunan ekonomi dan pengetahuan berasaskan pembudayaan inovasi sosial.

PAMERAN “CELEBRATION OF SOCIAL IMPACT”
MyIS KOMUNITI PITCHING
“LOCAL ISSUE, LOCAL TECHNOLOGY, LOCAL BENEFIT”

BENGKEL TECHNOPRENEURS “AKREDITASI PERUSAHAAN SOSIAL”
Mentransformasikan Inovator Sosial sebagai Perusahaan Sosial yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis di Malaysia, didorong oleh matlamat sosial dan mempunyai model perniagaan yang berdaya maju dari segi kewangan bagi menangani cabaran sosial dan/atau alam sekitar, serta bertujuan untuk menghasilkan impak yang positif kepada penerima manfaat dan ekonomi.

BENGKEL KONSORTIUM INOVATOR SOSIAL
Menyediakan platform untuk demonstrasi inovasi dan keusahawanan oleh inovator seluruh Malaysia, mewujudkan sokongan pembiayaan, peluang industri, dan kerjasama antara kerajaan, serta membantu dalam penggabungan kerjaya dua-perniagaan alumni dengan inovasi sains dan teknologi.

MyIS KOMUNITI PITCHING
“LOCAL ISSUE, LOCAL TECHNOLOGY, LOCAL BENEFIT”
Penilaian dan pemilihan projek bagi pendanaan Inovasi Sosial Malaysia (MyIS Komuniti) Fasa 2 yang berasaskan Local Issue, Local Technology, Local Benefit. Objektif MyIS Komuniti adalah untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui aplikasi teknologi dan inovasi tempatan yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.

48 HOURS INNOVATE CHALLENGE “YOUTH-LED INNOVATION: ACCELERATION & NURTURING”
48 Hours Innovate Challenge 2024 dengan tema Youth-led Innovation: Acceleration and Nurturing” bertujuan untuk menyediakan platform bagi memanfaatkan kreativiti, menggalakkan golongan belia (pelajar universiti IPTA/S, Kolej Komuniti, Politeknik) yang mempunyai produk inovasi berupaya membuat perubahan positif kepada pembangunan sosial, ekonomi dan alam sekitar mampan.

RINTIS ENGAGEMENT “COMMERCIALISE FOR COMMUNITY”
Rintis Engagement 2024 yang bertemakan “Commercialize For Community” bertujuan sebagai platform kepada inovator sosial yang telah disenarai pendek dalam Program Rintis Pengkomersialan Inovasi Sosial di bawah dana pemerkasaan R&D&C&I-CSO Kementerian Ekonomi untuk membentangkan pelan pengkomersialan ke fasa Commercial Readiness Level (CRL 1-2).

SHARING SESSION “THE CHRONICLES OF GRASSROOTS INNOVATION”
Perkongsian oleh Ikon Inovasi Akar Umbi daripada Negara India, berkongsi kisah-kisah menarik dan pengalaman ke arah perkembangan inovasi dengan inovasi akar umbi. Sesi ini, memfokuskan pada perjalanan inisiatif tempatan yang luar biasa, mempamerkan kejayaan, cabaran, serta suara-suara dari komuniti yang terlibat.

MALAM APRESIASI NETWORKING INOVATOR SOSIAL (MaNIS)
MaNIS meraikan inovator sosial dan pemegang taruh yang terlibat di dalam pembangunan inovator sosial.
Tema: “Raikan Kejayaan, Ciptakan Kebanggaan“
PHOTOBOOTH KIS 2024

Agensi Pelaksana

Pendanaan oleh

Rakan Strategik



