In the News

TALKING POINTS YB MENTERI – MAJLIS AMANAT MOSTI - 2016

Date 26-Feb-2016 | Category News & Articles | Author
 

PENGENALAN

1.      Tahun 2016 - sebagai pemacu perubahan RMKe-11: menjana kekayaan melalui inovasi (11MP Game Changer no. 5: Translation Innovaton to Wealth). 

 

2.      MOSTI akan menerajui Tahun Pengkomersilan Malaysia (MCY2016), di samping meneruskan inisiatif inovasi sosial, melalui  MOSTI Social Innovation atau MSI.

 

IMBASAN 2015

 

3.     YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur telah berjaya dipilih sebagai Presiden Natural Science Commission UNESCO.

 

4.      Tahniah kepada MOSTI, Jabatan dan Agensi dibawahnya yang telah menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan, serantau dan juga global. 

 

RMKE-11 DAN KEADAAN EKONOMI

 

5.     Tahun 2016 ini adalah tahun permulaan bagi fasa terakhir untuk Malaysia menjadi Negara Maju.  Tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-11 (2016 - 2020) yang bertemakan “pertumbuhan berpaksikan rakyat” atau “anchoring growth on people.”

 

Langkah kehadapan MOSTI haruslah berasaskan market driven bukan ‘dana driven’

 

6.      Projek-projek R&D seharusnya dipacu oleh pasaran (market driven) supaya kadar pengkomersilan dapat ditingkatkan.

 

·         Hasrat Kerajaan untuk mengeksport produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa atau setidak-tidaknya mengurangkan kebergantungan kepada barangan import.

 

7.     Startups – startups berasaskan teknologi adalah  menjadi harapan memacu ekonomi negara.

 

·         Bantuan wajib harus diberikan ke atas startups – startups yang berasaskan teknologi canggih untuk kekal berdaya saing dalam ekonomi global.

 

·         Supaya mereka tidak ‘lari’ ataupun ‘dipancing’ oleh negara lain terutamanya jiran kita, Singapura.

 

8.      Tumpuan kepada sektor ekonomi strategik yang berpotensi dan mempunyai rantaian nilai tambah tinggi serta dapat menjana pulangan yang lebih besar.

 

·         Bidang tersebut termasuklah tenaga bersih, perubatan, teknologi maklumat, pertanian dan bidang-bidang lain yang akan membina industri baru abad ke-21.  

 

9.     Walaubagaimanapun isu-isu dan cabaran yang menghalang inovasi dan perkembangan startups sebegini adalah seperti berikut:

 

·         Kekurangan penyelarasan dalam inisiatif R & D C & I

·         Pengkomersialan rendah output R & D

·         Penggunaan sumber yang tidak berkesan

·         Inovasi rendah dalam syarikat-syarikat

·         Kekurangan kemahiran pemikiran kritikal

 

  1. Dana diberi tanpa pemantauan untuk memastikan pulangan lebih-lebih lagi dengan tiadanya strategi pengkormesialan daripada pihak yang menerima dana harus dihentikan sama sekali.

 

    • Persoalan yang harus ditanya oleh setiap pegawai – pegawai ialah adakah kita mendapat pulangan kepada ‘pelaburan’ kita? Adakah sebarang kajian dibuat keatas pulangan dalam bentuk pengkomersilan kepada geran-geran yang diberikan dibawah pelbagai dana MOSTI.

 

  1. Dalam usaha ini, saya menyambut baik cadangan Kementerian Kewangan untuk menetapkan KPI khas untuk semua Kementerian dan Agensi yang terlibat dengan R&D dan pembangunan produk berinovasi.

 

  1. Dana hanya diberikan kepada pihak-pihak yang memenuhi 2 kriteria ini;

 

    • Pertama:

 

o   Dana haruslah diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai idea atau produk yang yang memenuhi asipirasi nasional,

o   Aspek-aspek kesan positif terhadap penggunaan teknologi, mekanisasi dan automasi,

 

o   Atau kejayaan menghasilkan produk yang boleh dieksport atau produk alternatif kepada barangan yang dahulunya diimport. 

    • Kedua:

 

o   Mengurangkan jurang antara R&D dan pengkomersialan - “Commercialization Partnerships Initiative”.

 

o   Membantu universiti dan startup-startup untuk membentuk perkongsian perniagaan yang diterajui mungkin dengan GLC-GLC.

 

TADBIR URUS STI

 

  1. Skop tadbir urus STI yang luas ini sebenarnya memerlukan objektif yang jelas, kefahaman asas yang kukuh terhadap kitaran ekosistem pengurusan, pembangunan dan penilaian STI yang telus. 

 

    • Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Jepun dan Korea Selatan mempunyai struktur tadbir urus STI yang mantap.

 

  1. Penubuhan Majlis Sains Negara (National Science Council) sebagai jawatankuasa tertinggi tadbir urus STI negara:

 

    • Penggubalan Pelan Induk STI Negara (yang turut melibatkan penetapan national R&D strategic focus areas);

 

    • Peluasan skop pengumpulan data oleh Jabatan Statistik Malaysia meliputi data STI; dan

 

    • Pembangunan suatu pelan tindakan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

  1. Cadangan pewujudan Research Management Agency seperti di Korea, Finland, Singapura dan negara lain yang maju sains. 
    • Berharap cadangan penstrukturan semula MOSTI mendapat kelulusan sewajarnya bagi menterjemah dan melaksana agenda ini. 

 

PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPPA)

 

  1. Jabatan Standards Malaysia terlibat di dalam merundingkan salah satu bab di bawah perjanjian TPPA iaitu Bab 8: Halangan Teknikal Terhadap Perdagangan (Technical Barrier to Trade (TBT)).  

 

·         Bab ini memudah cara pergerakan produk merentasi sempadan dan meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa melalui pengharmonian standard dan peraturan teknikal serta penerimaan prosedur penilaian pematuhan. 

 

Memperkasa PKS

 

17.  Dengan aplikasi teknologi dalam perniagaan, PKS – PKS, mekanisasi dan automasi melalui teknologi juga dapat menjamin peningkatan kualiti (zero-defect) dan produktiviti, di samping mengurangkan pembaziran (wastage).

 

18.  YAB Perdana Menteri memberi penekanan yang tinggi kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Bajet 2016.

 

·         Semua agensi MOSTI (bukan terhad kepada SIRIM dan beberapa agensi sahaja) harus terlibat aktif dalam usaha memperkasa PKS melalui aplikasi teknologi. 

 

·         Dijadikan sebagai KPI Ketua Jabatan dan Agensi.  KPI bukan hanya kepada kuantiti tetapi kualiti serta outcome sesuatu aktiviti yang dijalankan.

 

19.  Walaubagaimanapun usaha yang saya sebutkan tadi akan melibatkan pentaulihan proses pengeluaran yang akan melibatkan jabatan kita terutamanya Jabatan Standard dan SIRIM.

 

·         Aktiviti audit teknologi oleh SIRIM, dengan peruntukan khusus oleh Kementerian Kewangan perlu dilipatgandakan dan tindakan untuk mekanisasi dan automasi operasi pengeluaran PKS hendaklah disegerakan. 

 

 

 

MOSTI Social Innovation (MSI)

 

  1. Seperti mana saya sebutkan tadi, MOSTI memikul satu lagi tanggungjawab besar iaitu MOSTI Social Innovation (MSI). 

 

    • Satu mekanisma perlu dibentuk supaya selari dengan prinsip NBOS dan sasarannya, iaitu Kumpulan B40,

 

    • Pendekatan sebelum ini perlu ditambahbaik supaya inovasi akar umbi dapat diarus perdanakan sejajar dengan inovasi yang dihasilkan melalui makmal oleh para penyelidik dan saintis. 

 

 

MENGINSANKAN SAINS (HUMANISING SCIENCE)

 

21.  Pentingnya STI, ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju sains (scientifically advanced nation).

 

22.  STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) penting bagi memenuhi keperluan kerja untuk ekonomi seperti ekonomi digital dan ia harus diperkenalkan dari peringkat sekolah.

 

23.  Pasukan outreach MOSTI melalui Pusat Sains Negara (PSN) telah mula bergerak semenjak tahun 2000 - PSN Trooperz.

 

24.  Program Dialog MOSTI diperluas kepada ahli-ahli Parlimen supaya tahap kepekaan mereka terhadap STI dapat dipertingkatkan. 

 

·         Sesi penerangan mengenai MOSTI kepada Pegawai-pegawai Penyelidik Parlimen akan diadakan pada 24 Februari 2016. 

 

PENUTUP

 

25.  MOSTI selaku peneraju STI negara berperanan penting dalam mempergiatkan inovasi produk mahupun perkhidmatan yang mempunyai nilai komersial tinggi. 

 

26.  Warga MOSTI boleh menjayakan segala aktiviti mengikut perancangan. Bersama-samalah kita menyemarakkan STI untuk kesejahteraan semua.

 

 



[ Back ] [ Print Friendly ]