Home | Sitemap| Login     
    » Home » Outcomes & Discoveries » Testimonials

  Testimonials

   
Hamid Jasmin, 43 tahun, Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah

Saya tidak menyangka wakil dari MOSTI dan YIM sudi datang ke kampung kami di Libang Ulu ini. Saya berterima kasih atas bantuan yang diberikan sehingga bangsal mini-hydro saya kini sudah lebih sempurna.

Saya berbangga kerana Kerajaan dan YIM mengikhtiraf hasil inovasi kampung seperti saya. Saya amat-amat berterima kasih atas bantuan dan perhatian yang diberikan kepada saya walaupun terpaksa datang dari jauh di semenanjung sehingga ke kawasan pergunungan di Tambunan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi.  


 
Mohd Jais bin Razali (Pak Ngah) 59 tahun, Kampung Sanggang, Temerloh Pahang

Pertama kali saya ucapkan terima kasih di atas kesudian Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan MOSTI melawat bengkel pembuatan gasing saya dalam program Jejak Inovasi Pahang baru-baru ini. Kunjungan akar umbi daripada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan MOSTI ini amat saya hargai dan sangat dialu-alukan. Saya mewakili seluruh peminat gasing daripada pelbagai kaum sangat terharu atas sokongan yang ditunjukkan oleh YIM dan berharap pihak MOSTI dapat memajukan niat dan hasrat saya untuk melihat permainan gasing diterima di peringkat antarabangsa seperti permainan sepak raga yang juga permainan tradisional. Melalui bimbingan dan saranan daripada MOSTI saya berharap perkara ini dapat dilaksanakan. Dalam pemerhatian saya sepanjang program Jejak Inovasi Pahang yang dijalankan di bengkel saya baru-baru ini dapat saya simpulkan ia sebagai program terbaik yang pernah dijalankan dalam usaha memperkenalkan dan mengembangkan permainan gasing khususnya gasing plastik yang diusahakan saya.


 
Rozana Musa (30 tahun), Bendang Studio, Melaka
 
    
Semenjak inovasi kiln atau oven pembuatan seramik saya di ikhtiraf oleh YIM dan MOSTI melalui program Jejak Inovasi, usaha saya untuk membangunkan seni halus seramik semakin pendapat perhatian dan pendedahan daripada media dan masyarakat umum. Saya menerima lebih banyak tempahan untuk menghasilkan hadiah korporat bagi acara-acara bertaraf nasional dan antarabangsa. Saya berbangga kerana Prof Datuk Abu Bakar Mohamad Diah dari R&DCIC Melaka yang turut serta semasa program Jejak Inovasi tahun lalu akan memperkenalkan Bendang Studio kepada Ketua Menteri Melaka dan mencadangkan agar Bendang Studio menjadi pembekal utama hadiah korporat bagi Negeri Melaka. Ini merupakan satu penghargaan yang tinggi kepada saya dan tidak dapat saya capai tanpa kehadiran penjejak Inovasi ke bengkel saya tahun lalu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali kepada YIM dan MOSTI dan semoga kita akan terus maju dan berinovasi.

Philippus Jani, Sabah


Jejak Inovasi – Philippus Jani TEASER