Home | Sitemap| Login     
    » Home » Innovation Walk » TAHUN PENGKOMERSILAN MOSTI 2014 (MCY2014)

  TAHUN PENGKOMERSILAN MOSTI 2014 (MCY2014)

Melalui pemupukan budaya inovasi dan kreativiti sejak Dekad Inovasi dilancarkan, banyak produk dan teknologi baru telah dicipta. Pasaran baru produk akan terus mengubah gaya hidup kita pada masa depan. Negara-negara jiran juga telah membuktikan inovasi dan kreativiti membantu melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sehingga mencapai 40 peratus.

Komitmen kerajaan Malaysia dalam inovasi dibuktikan melalui pemberian dana untuk Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (R,D&C). Sebanyak RM3.87B telah dibelanjakan dalam RMK9 dan bagi RMK10 pula, setakat ini adalah RM831.4 juta. MOSTI bertekad untuk memaksimumkan pulangan pelaburan kerajaan dalam R,D&C.

Tahun Pengkomersilan MOSTI 2014 (MCY2014) dengan tema STI for Wealth Creation adalah inisiatif bagi menyediakan peluang seluasnya kepada teknopreneur mengkomersilkan hasil R&D mereka. Isu-isu utama serta pain-points dan valley of death dalam pengkomersilan akan ditangani. Inisiatif dalam MCY2014 perlu diteruskan agar pengkomersilan teknologi merupakan sebahagian daripada budaya rakyat  Malaysia.

Jawatankuasa Pengkomersilan MOSTI yang akan dipengerusikan oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan ditubuhkan. Adalah diharapkan melalui inisiatif ini, teknologi anak watan akan diperkasakan ke persada dunia.

Antara objektif MCY2014 adalah:

  • Mensasarkan sekurang-kurangnya 60 produk R&D untuk dikomersilkan.
  • Menyediakan satu platform pengkomersilan komprehensif meliputi aktiviti-aktiviti seperti penambahbaikan dan pembangunan produk yang mematuhi piawaian dan ujian klinikal dengan kebolehpasaran yang tinggi; dan
  • Meningkatkan kemampuan dan keupayaan usahawan tekno melalui akademik, teknologi, teknikal, generik dan keusahawanan.